Friday, March 20, 2009

MK AGENSI SEBAGAI PERUNDING TAKAFUL

MK AGENCY adalah merupakan Wakil Korporat kepada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Pengarah MK Agency, Encik Mustaffa Kamal Bin Said merupakan Graduan Ekonomi ( Pentadbiran Perniagaan ) dari Universiti Malaya pada tahun 1983. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam dalam industri Insuran dan Takaful iaitu melebihi 23 tahun. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Pemasaran di Takaful Nasional selama 5 tahun dan telah berjaya menjadikan Syarikat tersebut sebagai Peneraju dan Syarikat Takaful terbesar di dunia.

Pada tahun 2003, beliau telah menubuhkan Syarikat Perunding Takaful, MK Agency untuk melahirkan lebih ramai Perunding Takaful yang Professional bagi membantu memasarkan produk Takaful. Disamping itu ia juga berwawasan untuk memberi khidmat Rundingcara dalam aspek Pengurusan Risiko serta meningkatkan lagi kesedaran masyarakat di dalam aspek Perancangan Kewangan dan Perlindungan. Setahun selepas penubuhannya, MK telah berjaya meraih Gelaran “Agency Jutaan Ringgit” serta telah berjaya menjadi Perunding untuk beberapa Syarikat Korporat seperti Koperasi Polis, Universiti Malaya, Johanwaki, Brightmark Sdn. Bhd, Elite Ventures dan beberapa syarikat korporat lain.

MK juga telah dilantik sebagai Perunding / Mentor oleh Mara dari tahun 2006 sehingga sekarang. Ini bertujuan melahirkan lebih ramai Usahawan Takaful dengan bimbingan MARA dan Mentor. Berdasarkan pengalaman ini, MK Agency ingin menawarkan satu Mekanisma Kerjasama Strategik dengan Bahagian Pengurusan Sumber manusia, Kementerian Sumber manusia.

Syarikat Takaful yang dicadangkan untuk bekerjasama adalah Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd, TISB merupakan Syarikat kumpulan Permodalan Nasional Berhad ( PNB ). Syarikat ini, merupakan syarikat Takaful yang amat berkembang maju dan mempunyai sistem rangkaian yang amat baik serta produk yang bersesuaian.

PELUANG KERJAYA

MK Agensi dengan kerjasama MARA- Latihan Pembangunan Usahawan (LPU) sedang giat berusaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang takaful- Usahawan Takaful.
Mereka yang terpilih akan diberi kursus asas oleh pehak Mara dan akan di bimbing secara berterusan oleh MK Agensi. Mara menyediakan kemudahan pinjaman tanpa cagaran sehingga RM50 Ribu kepada calun-calun usahawan takaful yang memberikan komitman sepenuhnya.
Yang Berminat sila hubungi :
Rahim/ Safirul di talian 03/8928 8441
Mustafa Kamal di talian 012 267 1950